Friday, September 27, 2013

TELAH AKU CUBA

Telah aku cuba
ditiap detik dan ketika
Mengikut rasa
pautan jiwa
agar setiap manusia
merasa bahagia
dari tuturkata
mutiara jiwa

Namun...
Ungkapan jiwa
yang memaut rasa
tidak membekaskan rasa
ditiap jiwa nan ku jumpa
masih adakah sang suria
memancar dari sana
menyuluh jiwa
menerbitkan rasa

Disini
dalam jiwa nan tulus kudus
hati nan mulus
seakan masih berkabus
ditiap ruang yang tertimbus
tidak tertembus
rohhul kudus
menjadi mukus
yang dibuang kedalam kakus

dalam keghairahan mencuba
menerbitkan rasa
mengimbau jua
terpana jua diri hamba
didalam mendamba
bait bait mutiara kata
kalimah dari nan ESA
masih adakah rasa
masih adakah kuasa
menarik nikmat dan rahmatnya
dalam perdambaan ini..

Telah aku cuba
akan kuteruskan jua
sehingga setiap manusia
berbahagia rasa
berbahagia rasa
sepenuh jiwa
sepenuh jiwa...

Nukilan rasa:
Z Lubes Amir
Subang Jaya
28/09/2013.
11.45am.




Wednesday, August 28, 2013

Aku Yang Mungkin

AKU YANG MUNGKIN
Aku yang mungkin
Sebuah mobil  nan usang
Terbiar sepi dilapangan
ditanah nan gersang
menanti ruang
untuk dibuang

Aku yang mungkin
sebuah kitab al'quran yang buruk
terbiar sepi diatas gubuk
bukanlah merajuk
sesekali datnglah jenguk
buka baca dan rujuk
sebagai penunjuk
Aku yang mungkin
bukanlah titisan hujan yang turun
dicelahan cenuram dan cerun
semakin difikir semakin gerun
ngerinya berkurun
dah jadi seperti harta qarun

Aku yang mungkin
bukanlah seorang cendiakawan pendita
yang pandai berbicara
kerana lidahku pendek dan bukanlah sehasta
namun kucuba jua berbicara
kisah suka dan duka
seperti yang dibawa para an'biya

Aku yang mungkin
harus berdiam diri sahaja
dari berbicara, takut berdusta
melihat dan memerhati saja dari jendela
perihal kemelut yang berlaku didunia
kerana dunia ini kan fana dan binasa

Aku yang mungkin
adalah diantara ribuan manusia
yang cuba mengambil masa
menulis dan bercerita
tentang dunia..tentang manusia
yang bersandiwara di pentas dunia
pentas dunia
yang cuma sementara
yang cuma sementara


Ilham rasa:
Z Lubes Amir
Subang Jaya,
28/08/2013

Thursday, July 4, 2013

Ku Kenal Erti

Disini kukenal erti sepi
pabila deruman enjin tiada lagi
yang tinggal cuma cengkerik bernyanyi
menemani diri dikamar sepi ini
Disini kukenal istilah diri
pabila dingin menggigit jari
hiruk pikuk kota tiada lagi

Disini kupanjatkan doa' padamu ILLAHI
Dari insan si kerdil ini
bermohon secebis kasih simpati
Ampunilah diri ini ya ILLAHI
Terkadang tersadung melangkah kaki
terlupa diri terlupa janji
Khalifah kerdilmu dimukabumi

Disaat saat sesepi begini
bila kabus menyapa pipi
Terasa kudusnya kasihmu ILLAHI
Didinihari kupersembahkan diri
tatkala yang lain dilamun mimpi
Airmata berlinag tanpa ku sedari
Tiada dapat kutahankan lagi

Betapa agung cintamu ILLAHI
Pada hambamu yang sehina ini
yang mencari hakiki didalam diri
Hidayahmu kini kutemui
Semuga kekal ditaman hati
Tiada akan berdolak dalih lagi
Dengan izinmu aku kesini

Mencari diri didalam sunyi
Mencari hakiki didanau hati
Ya ALLAH hu YA RABBI....

Z. Lubes
jauh dilubuk hati
4/7/2013.
Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Monday, June 17, 2013

JIKA DISINI

JIKA DISINI

jika disini
semakin sepi
diruang kamar nan sunyi
diulik dan dibuai mimpi
sendiri sendiri

jika terus begini
melayan mimpi
dari pagi ke dinihari
alangkah ruginya diri
menggelapkan hati

jika disini
tiada ruang lagi dihati
izinkan ku pergi
membawa diri
mengejar mimpi mimpi
yang semakin tak pasti

tetapi
adakalanya jika terus disini
melayani mimpi
menghitung hari
yang berlari
mengejar mentari
ada juga terasanya diri
diperhati
olih pencipta diri
yang bernama ILLAHI...

Z Lubes
subang jaya
18.6.2013